Wednesday 10 April 2013

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGINGAT SEMULA



Kaedah mengingat semula

Kaedah mengingat semula atau pengulangan ialah melakukan pembacaan ataupun mengingati sesuatu perkara secara berulangkali ataupun berterusan. Kaedah ulangan ini dapat menajamkan daya ingatan dan menambahkan kefahaman pelajar apabila diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah ini berpusatkan kepada guru dan pelajar. Guru akan menggunakan kaedah ini apabila perlu mengulang semula topic yang lepas sebelum memulakan pengajaran baru. Pelajar dapat menggunakan kaedah ini dengan cara mengulangkaji pelajaran yang lepas, sama ada bertanya kepada guru ataupun persendirian. Kaedah ulangan ini perlu dijalankan dengan teknik yang sesuai mengikut topik pengajaran supaya ia tidak menjadi aktiviti yang membosankan.


Contoh :


Kaedah ulangan yang betul adalah guru akan mengulang sebanyak 3 kali berturut – turut berkaitan sesuatu perkara yang ingin ditegaskan. Hal ini dilakukan supaya pelajar dapat mendengar dengan jelas apa yang hendak disampaikan oleh guru dan sekali gus dapat mningkatkan kefahaman serta menguatkan daya ingatan.
Kaedah ulangan dapat memberi peluang kepada pelajar supaya bersedia menerima pengajaran dan menguatkan daya ingatan dan kefahaman. Kaedah ulangan boleh dilakukan oleh guru dalam peringkat pengajaran yang sama ataupun guru membuat pengulangan sesuatu perkara dalam peringkat pengajaran yang berbeza. Contohnya, membuat pengulangan pada isi pengajaran pada awal sesi pengajaran pada peringkat akhir pengajaran ataupun membuat pengulangan sesuatu perkara dalam peringkat yang sama.


Langkah – langkah


Langkah 1
Guru menentukan objektif pengajaran dan dapat mengenal pasti sesetenhag perkara yang ingin ditegaskan kepada pelajar dan aspek yang memerlukan daya ngatan dan kefahaman yang lebih oleh pelajar.


Langkah 2 Pengulangan dilakukan oleh guru semasa memberikan penjelasan sama ada dengan menyebut sendiri secara berulang – ulang ataupun meminta penyertaan pelajar bagi mengulang semula apa yang sudah diterangkan.


Langkah 3
Pengulangan yang dibuat oleh guru akan memberi kefahaman kepada pelajar berkaitan perkara itu adalah sesuatu yang penting dan perlu lebih diingati atau difahami. Sekiranya pelajar sendiri yang membuat pengulangan maka semasa proses pengulangan berlaku, pelajar sudah membuat peneguhan dalam aspek kemahiran mengingat dan memahami sesuatu perkara.

Sumber :
Pearl.25 januari 2010.kaedah pengajaran dan pembelajaran mengingat.11 april 2013.
http://pearlmiri.blogspot.com/2010/01/repetition-ulangan.html

No comments:

Post a Comment