Monday 29 April 2013

15 CARA KURANGKAN KOS PERKAHWINAN

1. Tetapkan jumlah tetamu yang bakal hadir supaya anda dapat rancang bajet perkahwinan dengan baik. Bila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.

2. Majlis yang diadakan secara gotong royong lebih baik. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan basah dan dapat menguatkan tali silaturahmi bersama jiran anda. Tetapi, sekarang ini sudah banyak pameran perkahwinan dan katering yang menyediakan pakej bajet untuk perkahwinan, rajin-rajinlah buat survey beberapa bulan atau tahun sebelum melangsungkan majlis anda.

3. Elakkan membuat majlis ketika cuti sekolah. Memang seronok kerana pada cuti sekolah, ramai saudara-mara yang akan hadir. Tetapi tahukah anda barang ketika ini agak mahal. Atau jika anda telah memilih tarikh pada cuti sekolah, seeloknya buat persiapan dan beli barang-barang perkahwinan lebih awal. Persedian 1-2 tahun sebelum kahwin juga adalah normal.

4. Hantaran dan hiasan pelamin dari bunga segar lebih indah dan kosnya juga tinggi. Tapi tak salah jika anda gunakan bunga tiruan tetapi gubahnya secara kreatif. Lagipun dengan bunga tiruan, anda dapat terus gunakannya sebagai hiasan untuk kediaman anda.

5. Buat tempatan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Biasanya diskaun hebat akan diberikan.

6. Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah. Sekarang ini ada juga perkhidmatan dimana anda boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi cuma sewa sahaja. Maknanya selepas pakai, anda kena pulangkan pada butik perkahwinan dan harganya jauh lebih rendah daripada beli terus pakaian perkahwinan itu.

7. Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. Ada juga antara anda yang tak mahu kalah dengan saudara mara atau kawan-kawan. Orang lain letak hantaran 5, anda letak 10 supaya nampak lebih gah. Kebiasaanya hantaran adalah 5 berbalas 7. Pilih barangan yang akan digunakan, bukan sekadar cantik sahaja.

8. Majlis akad nikah dan persandingan diadakan pada satu hari. Untuk menjimakan kos, akad nikah dilakukan pada waktu pagi manakala persandingan dan kenduri dilakukan pada waktu tengahari. Jika anda tetap mahu melakukan majlis akad nikah dan persandingan secara berasingan, hadkan jumlah tetamu untuk majlis akad nikah ( saudara mara dan rakan terdekat sahaja ).

9. Jangan tempah kad perkahwinan yang terlalu mahal kerana ingin kad yang cantik saja. Percayalah, tak ramai yang mahu simpan kad kahwin anda buat kenangan melainkan ia betul-betul unik. Untuk menjimatkan kos, anda boleh menggabungkan majlis persandingan pihak lelaki dan perempuan dalam satu kad sahaja. Selain itu, sekarang pun sudah popular dimana bakal pengantin menjemput tetamu melalui Facebook sahaja.

10. Untuk hiburan halwa telinga pula, daripada mengupah pemuzik, band atau kugiran, sekarang ini sudah banyak perkhidmatan DJ yang boleh memainkan CD lagu yang menarik serta acara karaoke. Lebih meriah dan murah.

11. Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan anda tak menggunakan semua wang simpanan anda dan seterusnya BERHUTANG. Sentiasa elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan KAD KREDIT.

12. Jika anda mahu jimat lagi, anda boleh menggubah sendiri hantaran perkahwinan atau upah saja saudara mara dan kawan-kawan. Pastinya kos lebih rendah daripada membeli sendiri hantaran di kedai. Hantaran yang dijual di kedai biasanya berharga RM80 ke atas untuk satu bekas hantaran sahaja. Jika anda ada 7 hantaran, sudah berapa pula?

13. Jangan lupa survey mengenai khidmat katering, pelamin, pakaian perkahwinan ataupun cenderamata yang murah dari kawan-kawan atau saudara mara. Selalunya mereka mempunyai cadangan yang bernas dan tahu mana perkhidmatan yang murah dan bagus.

14. Akhbar dan majalah selalunya mempunyai peraduan yang menghadiahkan pakej berbulan madu. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertainya. Manalah tahu, rezeki anda kan? Honeymoon free lagi!

15. Yang terakhir, checklist atau senarai semak adalah amat penting sekali. Ia perlu ditulis awal-awal supaya anda tidak lupa atau tertinggal perkara yang penting. Melalui senarai semak ini anda juga boleh mengetahui jumlah wang yang dibelanjakan dan anda boleh memantau bajet perkahwinan anda jika ‘terlebih’ atau ‘terkurang’.

SUMBER : http://www.wanista.com/2012/10/tips-kahwin-15-cara-kurangkan-bajetkos-perkahwinan/

Monday 15 April 2013

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MELALUI PENDEKATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


1.0  Pengenalan

Teknologi maklumat dan komunikasi atau Internet Communication Technology(ICT) semakin memainkan peranan penting dalam pendidikan awal kanak-kanak pada zaman ini kerana teknologi semakin canggih dan maju dalam kehidupan seharian kita. Melalui teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT, segala maklumat hanya dihujung jari kita sahaja. Dalam sistem pendidikan, ICT boleh dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Kajian Clements (1987) dan Hough Dan Ellis (1997)  mengatakan bahawa Teknologi Maklumat Dan Komunikasi boleh membantu kanak-kanak menghasilkan sesuatu yang  kreatif. Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di prasekolah dengan menggunakan ICT harus diintegrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif.

2.0  Pendekatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

2.1  Definisi

Penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,  melindungi,  memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Antara contoh teknologi maklumat dan komunikasi ialah komputer, telefon bimbit, kamera, mesin fax, television dan banyak lagi.

2.2  Kepentingan Pendekatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Pada zaman sekarang ICT telah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat tidak mengira peringkat umur termasuklah kanak-kanak. Hal ini kerana ibu bapa yang memberikan kebenaran atau menggalakkan anak-anak menggunakan komputer. Tambahan lagi, setiap buah keluarga mampu memiliki sebuah komputer untuk dimanfaatkan oleh setiap individu yang ada dalam keluarga itu. Ada banyak kepentingan pendekatan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kanak-kanak dapat merangsang kreativiti dan pemikiran melalui pendekatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan dunia sains dan teknologi diterapkan ke dalam silibus mata pelajaran di peringkat tadika dan prasekolah. Hal ini supaya dapat menjana idea baru mengikut kreativiti dan tahap pemikiran kanak-kanak. Contohnya, selepas memberi penerangan tentang haiwan ayam menggunakan gambar visual yang realiti, guru meminta murid-murid mewarna gambar ayam secara kreatif.

Selain itu, dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang mencabar. Kanak-kanak akan berasa mencabar apabila sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi di samping dapat menarik minat mereka. Contohnya, guru memaparkan tayangan video jenis-jenis haiwan sama ada melalui projector atau CD. Grafik yang dipaparkan adalah lebih kelihatan realiti berbanding lukisan tangan. Oleh itu, murid-murid memperolehi gambaran haiwan yang betul.

Penggunaan pelbagai media seperti grafik, bunyi, dan video ke dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Media-media tersebut dapat menarik minat murid-murid sekaligus mereka dapat mengetahui fungsi-fungsi media itu. Media video memberi gambaran tentang sesuatu peristiwa sama ada secara realiti atau direka cipta oleh pencerita kartunis. Media bunyi pula memainkan peranan penting supaya karakter atau sesuati keadaan itu kelihatan hidup. Manakala grafik berfungsi untuk menarik perhatian penonton.

Seterusnya, guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar secara berulang kali. Guru menggunakan bahan bantu mengajar yang sama seperti television, projector, papan slide dan sebagainya tetapi inti pengajaran dan pembelajaran disesuaikan atau diubah dari masa ke masa. Contohnya, guru menggunakan television untuk menayangkan video cerita pengajaran atau pun video lagu. Langkah ini diambil supaya murid-murid tidak merasa cepat bosan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan.

Pendekatan Teknologi maklumat dan komunikasi membolehkan pembelajaran kendiri untuk mengakses maklumat yang sukar diperolehi. Di peringkat sekolah rendah di mana kanak-kanak yang berumur sembilan tahun dilatih untuk mengakses laman sesawang bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Di peringkat tadika pula, guru akan melakukan pengaksesan tersebut dan diperhatikan oleh kanak-kanak menerusi pancaran projector. Hal ini kerana kanak-kanak tadika belum sesuai dilatih untuk mengakses laman sesawang kerana tahap pembelajaran untuk mengakses adalah sukar bagi peringkat umur mereka.

Akhir sekali, ia dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran agar berjalan dengan teratur dan bersistematik. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang tenteram memudahkan guru menyampaikan maklumat tentang inti pengajarannya. Murid-murid juga memperoleh ilmu pengetahuan dan dapat mengingat apa yang telah dipelajarinya. Di samping itu, dapat menjana pemikiran mereka ke tahap yang lebih baik.

2.3  Kelebihan dalam Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-kanak

Perkembangan pendidikan awal kanak-kanak dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah melalui pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran menyumbang beberapa kelebihan dalam perkembangan pendidikan awal kanak-kanak.

Pembelajaran berpusat kepada kanak-kanak boleh dilakukan melalui proses penerokaan dan penemuan. Penerokaan dan penemuan dilakukan melalui paparan maklumat yang bersesuaian dengan inti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana tahap kefahaman kanak-kanak adalah berbeza-beza. Di samping itu, mereka juga cepat keliru sekiranya guru menyampaikan banyak maklumat terperinci mengenai mata pelajaran yang diajar. Oleh itu penerangan yang dibuat haruslah ringkas dan padat dengan maklumat secara umumnya.

Membawa sikap positif kepada kanak-kanak dengan memberikan mereka peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding tradisional. Pada zaman yang serba canggih ini merupakan satu faktor di mana guru menggunakan bahan bantu mengajar dalam bentuk teknologi sekali sekala untuk menarik minat murid supaya belajar. Murid juga memperoleh ilmu pengetahuan yang baru melalui penggunaan teknologi maklumat. Sekiranya guru hanya menggunakan cara pengajar tradisional semestinya kanak-kanak sudah bosan.

Selain itu, kanak-kanak juga dapat menimba ilmu dengan contoh praktikal yang dilihat dalam paparan teknologi maklumat dan komunikasi. Contoh praktikal yang dipaparkan adalah melalui grafik, bunyi dan video. Mereka dapat membezakan apa yang baik dan tidak baik untuk diteladani atau dijauhi. Guru sebagai pembimbing kepada murid-murid supaya mereka faham apa yang disampaikan melalui paparan tersebut. Oleh itu, guru haruslah memberi sedikit sinopsis tentang paparan gambar video sebelum meneruskan sesi pembelajaran.

ICT menyediakan kaedah dengan penekanan kepada penciptaan dan penerokaan secara aktif. Oleh itu, kanak-kanak yang  mencari dan bukan menerima dengan proses satu hala sahaja. Keadaan ini dapat menjana pemikiran kanak-kanak secara kreatif, krisis dan inovatif. Kanak-kanak sememangnya mempunyai imaginasi yang tinggi dan guru selalunya dapat melihat apa yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak boleh melukis sebuah kapal angkasa dengan reka bentuk yang unik.

Seterusnya, ia dapat meningkatkan latih tubi kanak-kanak dalam proses pembelajaran. Pendekatan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menaikkan semangat kanak-kanak untuk terus belajar. Oleh itu, apabila guru memberikan latih tubi kepada murid-murid, mereka akan membuatnya dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Murid-murid semakin aktif dan rajin apabila guru dapat mengekalkan minat mereka untuk terus belajar dalam suasana yang teratur.


3.0  Rancangan Pengajaran Harian

Prasekolah : Prasekolah Wawasan Bestari
Kelas : 6 Pelangi
Umur : 6 Tahun
Bilangan murid : 20 orang
Tarikh : 31 Mac 2013
Masa : 9.30-10.10 pagi (40 minit)
Tunjang : Bahasa dan komunikasi
Tunjang disepadukan : Fizikal dan Kreatif
Objektif : Di akhir pembelajaran ini, murid-murid dapat :-
1)      Mengenal 1 haiwan dari 6 jenis haiwan yang diperkenalkan.
2)      Mengetahui perbezaan bunyi antara jenis haiwan yang ditekankan.
3)      Mengenal ciri-ciri yang ada pada haiwan yang ditekankan.
Masa
Isi kandungan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Catatan/ABM
Set induksi
(5 minit)
·     Pengenalan
·     Bertanya
·     Jenis-jenis haiwan
 ·      Guru menerangkan apa itu haiwan di darat dan di air secara ringkas. Contoh: haiwan ialah makhluk yang hidup di darat atau di air.
 ·      Guru bertanya kepada murid, apa haiwan yang mereka tahu.
 ·      Guru memperkenalkan jenis-jenis haiwan di darat dan di air.
   ·      Murid mendengar.







   ·      Murid menjawab pertanyaan guru.

   ·      Murid memberi tindak balas  yang baik.



·      Kad bergambar beserta suku kata
·      Komputer
·      Papan slide
·      Projector
Aktiviti 1
(10 minit)
 ·      Bahasa dan Komunikasi
·      Guru memaparkan gambar haiwan melalui LCD.
·      Guru bertanya kepada murid yang berkaitan dengan gambar haiwan.
·      Guru meminta murid menamakan, menyebut ciri-ciri dan bunyi haiwan tersebut.
   ·      Murid melihat gambar haiwan.


   ·      Murid menjawab soalan guru.


   ·      Murid menamakan, menyebut ciri-ciri dan bunyi haiwan tersebut.


·      Komputer
·      Papan slide
·      Projector
Aktiviti 2
(20 minit)
  ·      Keativiti
  ·      Sosial
  ·      Intelek
  ·      Fizikal

·      Guru memperkenalkan satu haiwan darat kepada murid.
Contoh: ayam.
·      Guru membimbing murid membaca suku kata
“a-yam”.
·      Guru memberi arahan kepada murid untuk membuat sambungan titik-titik pada gambar ayam dan mewarnakannya.
·      Guru membimbing murid menyanyikan lagu “Bunyi Binatang”.
   ·      Murid memberi tindak balas yang baik.


   ·      Murid mengikut caru guru menyebut huruf dan suku kata.

   ·      Murid membuat sambungan titik-titik pada gambar ayam dan
mewarnakannya.


·      Murid mengikut guru menyanyi.
·      Audio
·      Kad bergambar beserta suku kata
·      Komputer
·      Pensil
·      Pensil Warna
·      Projector


Penutup
(5 minit)
  ·      Bertanya
·      Guru bertanya kepada murid, apa yang mereka telah pelajari.
·      Guru meminta murid menyebut nama dan ciri-ciri haiwan yang telah pelajari.
   ·      Murid menjawab soalan guru.

   ·      Murid menyebut nama dan ciri-ciri haiwan yang telah dipelajari.
·      Kad bergambar dan suku kata


3.1  Bahan Bantu Mengajar(BBM)
Berikut adalah gambar bahan bantu mengajar seperti :-
1)      Gambar lukisan untuk diwarna.
2)      Kad gambar haiwan beserta suku kata.
3)      Komputer
Bahan bantu mengajar yang lain seperti :-
a)      Papan Slide
b)      Pensil
c)      Pensil warna
d)     Projector/LCD
e)      Slide bertajuk “Kenali Haiwan”
f)       Audio lagu “Bunyi Haiwan”

4.0  Rumusan

Kesimpulannya, teknologi maklumat dan komunikasi amat penting dalam kehidupan seharian. Penggunaan teknologi maklumat dan kamunikasi juga diguna pakai oleh kanak-kanak. Hal ini kerana teknologi mempunyai banyak kebaikan yang boleh diperolehi oleh kanak-kanak apabila mereka mengunakannya.

Selain itu, teknologi maklumat dan komunikasi juga dapat membantu membentuk kanak-kanak menjadi lebih kreatif dan inovatif malah dapat memberi banyak pengetahuan tentang pembelajaran yang lebih berkesan kepada kanak-kanak. Oleh itu, jelaslah bahawa penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi mempunyai banyak kelebihan yang boleh diperolehi oleh golongan individu yang mengunakan aplikasi tersebut.

Akhir sekali, ibu bapa juga haruslah sentiasa memberi galakan kepada anak-anak untuk mengikuti perkembangan terkini dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Guru juga haruslah mempunyai kemahiran untuk menggunakan komputer kerana ia sangat penting dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran yang menarik.