Monday 15 April 2013

ADAT PERTUNANGAN MASYARAKAT SABAH

Pengenalan

  • Adat pertunangan berbeza mengikut daerah dan etnik di Sabah.
  • Berubah mengikut peredaran zaman.

Terdapat 2 langkah adat pertunangan yang perlu dijalankan di zaman tradisional.

1) Merisik
  • Ibu bapa pihak lelaki akan ke rumah pihak perempuan untuk berbincang dengan ibu bapanya.
  • Membawa cincin tembaga pusaka turun temurun.
  • Segala urusan risikan harus dijalankan disebelah pagi.
  • Perkara yang perlu pihak lelaki tahu ialah sama ada perempuan itu dalam proses risikan lelaki lain, bakal bertunang atau masih menunggu.
  • Sekiranya pihak perempuan tidak mempunyai apa-apa masalah seperti yang telah disebut tadi maka pihak lelaki boleh meneruskan risikan kepada pertunangan.
  • Sekiranya pihak perempuan menghadapi masalah untuk menerima risikan ini maka langkah seterusnya akan dibatalkan.
2) Bertunang
  • Pihak lelaki akan membawa barang hantaran seperti tasor(tempat sirih) untuk memperteguhkan semangat, gong, tempayan(jumlah tempayan mengikut status perempuan) dan pelbagai jenis makanan tradisi.
  • Yang paling penting sebentuk cincin tembaga.

Terdapat 2 langkah adat pertunangan yang perlu dijalankan di zaman moden.

1) Merisik
  • Lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dengan seorang diri atau;
  • Ibu bapa pihak lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan atau;
  • Lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan bersama dengan ibu bapa untuk menyatakan hasrat kepada ibu bapa pihak perempuan.
  • Sekiranya lelaki sudah kematian ibu bapa maka abang atau kakak harus menggantikan tempat ibu bapa atau;
  • Lelaki bersama saudara lelaki yang terdekat datang ke rumah pihak perempuan atau;
  • Lelaki bersama dengan ketua kampung di kampungnya datang ke rumah pihak perempuan.
  • Antara perkara yang diambil kira dalam risikan ini ialah agama, pertalian keluarga, status keluarga dan ekonomi pihak lelaki yang ingin bertunang.
  • Pihak lelaki akan menentukan tarikh pertunangan dengan persetujuan ibu bapa pihak perempuan.
  • Wang perbelanjaan dapur akan diberikan kepada ibu bapa pihak perempuan pada hari risikan ini.
2) Bertunang
  • Pada hari pertunangan, pihak lelaki membawa barang hantaran untuk diberikan kepada pihak perempuan.
  • Semasa majlis pertunangan dijalankan, seorang wali-bagi agama islam, seorang yang dilantik menjadi protokol-bagi agama kristian untuk mempengerusikan majlis.
  • Segala pantang larang selepas pertunangan diterangkan kepada pihak yang terlibat iaitu seisi keluarga pihak lelaki dan pihak perempuan.
  • Lelaki akan menyarungkan cincin ke jari manis-tangan kiri perempuan atau;
  • Lelaki dan perempuan berbalas menyarungkan cincin sebagai tanda ikatan pertunangan.
  • Tempoh pertunangan biasanya selama 6 bulan dan selewat-lewatnya 1 tahun dari tarikh pertunangan untuk berkahwin.
  • Segala "berian" kahwin akan dibincangkan dan diputuskan mengikut persetujuan kedua-dua pihak.
  • Tarikh perkhawinan akan ditetapkan dengan persetujuan kedua-dua pihak.
  • Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan sedikit jamuan.

Antara contoh barang hantaran pertunangan pada zaman tradisional.
  • Sebentuk cincin tembaga pusaka.
  • Pelbagai jenis makanan tradisi(kerbau).
  • Alat untuk adat istiadat(gong dan tempayan besar).
  • Barang yang memperteguhkan semangat(tasor tembaga bermaksud tempat sirih yang dibuat dari tembaga).
Antara contoh barang hantaran pertunangan pada zaman moden.
  • Sepasang bentuk cincin(emas/perak).
  • Barang keperluan seorang perempuan seperti kosmetik, kain sarung dan lain-lain mengikut kemampuan pihak lelaki.
  • wang tunai mengikut kemampuan lelaki.
Kesimpulan
  • Adat pertunangan masyarakat sabah yang dihuraikan ialah adat masyarakat dusun Sabah.
  • Terdapat dua adat pertunangan iaitu zaman tradisional dan zaman moden.

No comments:

Post a Comment