1.0
Pengenalan
Teknologi
maklumat dan komunikasi atau Internet Communication Technology(ICT) semakin
memainkan peranan penting dalam pendidikan awal kanak-kanak pada zaman ini
kerana teknologi semakin canggih dan maju dalam kehidupan seharian kita.
Melalui teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT, segala maklumat hanya dihujung
jari kita sahaja. Dalam sistem pendidikan, ICT boleh dikatakan mampu
menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
Kajian
Clements (1987) dan Hough Dan Ellis (1997)
mengatakan bahawa Teknologi Maklumat Dan Komunikasi boleh membantu
kanak-kanak menghasilkan sesuatu yang
kreatif. Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di prasekolah dengan
menggunakan ICT harus diintegrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan
dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif.
2.0 Pendekatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
2.1 Definisi
Penggunaan
komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi,
memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat
dan waktu. Antara contoh teknologi maklumat dan komunikasi ialah komputer,
telefon bimbit, kamera, mesin fax, television dan banyak lagi.
2.2 Kepentingan
Pendekatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Pada
zaman sekarang ICT telah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat tidak
mengira peringkat umur termasuklah kanak-kanak. Hal ini kerana ibu bapa yang
memberikan kebenaran atau menggalakkan anak-anak menggunakan komputer. Tambahan
lagi, setiap buah keluarga mampu memiliki sebuah komputer untuk dimanfaatkan
oleh setiap individu yang ada dalam keluarga itu. Ada banyak kepentingan
pendekatan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kanak-kanak
dapat merangsang kreativiti dan pemikiran melalui pendekatan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi. Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan dunia sains dan
teknologi diterapkan ke dalam silibus mata pelajaran di peringkat tadika dan
prasekolah. Hal ini supaya dapat menjana idea baru mengikut kreativiti dan
tahap pemikiran kanak-kanak. Contohnya, selepas memberi penerangan tentang haiwan
ayam menggunakan gambar visual yang realiti, guru meminta murid-murid mewarna
gambar ayam secara kreatif.
Selain
itu, dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang mencabar. Kanak-kanak akan
berasa mencabar apabila sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
teknologi maklumat dan komunikasi di samping dapat menarik minat mereka.
Contohnya, guru memaparkan tayangan video jenis-jenis haiwan sama ada melalui
projector atau CD. Grafik yang dipaparkan adalah lebih kelihatan realiti
berbanding lukisan tangan. Oleh itu, murid-murid memperolehi gambaran haiwan
yang betul.
Penggunaan
pelbagai media seperti grafik, bunyi, dan video ke dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Media-media tersebut dapat menarik minat murid-murid sekaligus mereka
dapat mengetahui fungsi-fungsi media itu. Media video memberi gambaran tentang
sesuatu peristiwa sama ada secara realiti atau direka cipta oleh pencerita
kartunis. Media bunyi pula memainkan peranan penting supaya karakter atau
sesuati keadaan itu kelihatan hidup. Manakala grafik berfungsi untuk menarik
perhatian penonton.
Seterusnya,
guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar secara berulang kali. Guru
menggunakan bahan bantu mengajar yang sama seperti television, projector, papan
slide dan sebagainya tetapi inti pengajaran dan pembelajaran disesuaikan atau
diubah dari masa ke masa. Contohnya, guru menggunakan television untuk
menayangkan video cerita pengajaran atau pun video lagu. Langkah ini diambil
supaya murid-murid tidak merasa cepat bosan ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran dilakukan.
Pendekatan
Teknologi maklumat dan komunikasi membolehkan pembelajaran kendiri untuk
mengakses maklumat yang sukar diperolehi. Di peringkat sekolah rendah di mana
kanak-kanak yang berumur sembilan tahun dilatih untuk mengakses laman sesawang
bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Di peringkat tadika pula, guru akan
melakukan pengaksesan tersebut dan diperhatikan oleh kanak-kanak menerusi
pancaran projector. Hal ini kerana kanak-kanak tadika belum sesuai dilatih
untuk mengakses laman sesawang kerana tahap pembelajaran untuk mengakses adalah
sukar bagi peringkat umur mereka.
Akhir
sekali, ia dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran agar berjalan
dengan teratur dan bersistematik. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang
tenteram memudahkan guru menyampaikan maklumat tentang inti pengajarannya.
Murid-murid juga memperoleh ilmu pengetahuan dan dapat mengingat apa yang telah
dipelajarinya. Di samping itu, dapat menjana pemikiran mereka ke tahap yang
lebih baik.
2.3 Kelebihan
dalam Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-kanak
Perkembangan
pendidikan awal kanak-kanak dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah
melalui pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran menyumbang
beberapa kelebihan dalam perkembangan pendidikan awal kanak-kanak.
Pembelajaran
berpusat kepada kanak-kanak boleh dilakukan melalui proses penerokaan dan
penemuan. Penerokaan dan penemuan dilakukan melalui paparan maklumat yang
bersesuaian dengan inti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana tahap
kefahaman kanak-kanak adalah berbeza-beza. Di samping itu, mereka juga cepat
keliru sekiranya guru menyampaikan banyak maklumat terperinci mengenai mata
pelajaran yang diajar. Oleh itu penerangan yang dibuat haruslah ringkas dan
padat dengan maklumat secara umumnya.
Membawa
sikap positif kepada kanak-kanak dengan memberikan mereka peluang yang luas dalam
aktiviti pembelajaran berbanding tradisional. Pada zaman yang serba canggih ini
merupakan satu faktor di mana guru menggunakan bahan bantu mengajar dalam
bentuk teknologi sekali sekala untuk menarik minat murid supaya belajar. Murid
juga memperoleh ilmu pengetahuan yang baru melalui penggunaan teknologi
maklumat. Sekiranya guru hanya menggunakan cara pengajar tradisional semestinya
kanak-kanak sudah bosan.
Selain
itu, kanak-kanak juga dapat menimba ilmu dengan contoh praktikal yang dilihat
dalam paparan teknologi maklumat dan komunikasi. Contoh praktikal yang
dipaparkan adalah melalui grafik, bunyi dan video. Mereka dapat membezakan apa
yang baik dan tidak baik untuk diteladani atau dijauhi. Guru sebagai pembimbing
kepada murid-murid supaya mereka faham apa yang disampaikan melalui paparan
tersebut. Oleh itu, guru haruslah memberi sedikit sinopsis tentang paparan
gambar video sebelum meneruskan sesi pembelajaran.
ICT
menyediakan kaedah dengan penekanan kepada penciptaan dan penerokaan secara
aktif. Oleh itu, kanak-kanak yang
mencari dan bukan menerima dengan proses satu hala sahaja. Keadaan ini
dapat menjana pemikiran kanak-kanak secara kreatif, krisis dan inovatif.
Kanak-kanak sememangnya mempunyai imaginasi yang tinggi dan guru selalunya
dapat melihat apa yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak
boleh melukis sebuah kapal angkasa dengan reka bentuk yang unik.
Seterusnya,
ia dapat meningkatkan latih tubi kanak-kanak dalam proses pembelajaran.
Pendekatan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran
dapat menaikkan semangat kanak-kanak untuk terus belajar. Oleh itu, apabila
guru memberikan latih tubi kepada murid-murid, mereka akan membuatnya dengan
tekun dan bersungguh-sungguh. Murid-murid semakin aktif dan rajin apabila guru
dapat mengekalkan minat mereka untuk terus belajar dalam suasana yang teratur.
3.0
Rancangan Pengajaran Harian
Prasekolah
: Prasekolah Wawasan Bestari
Kelas
: 6 Pelangi
Umur : 6 Tahun
Bilangan
murid : 20 orang
Tarikh
: 31 Mac 2013
Masa
: 9.30-10.10 pagi (40 minit)
Tunjang
: Bahasa dan komunikasi
Tunjang
disepadukan : Fizikal dan Kreatif
Objektif
: Di akhir pembelajaran ini, murid-murid dapat :-
1) Mengenal
1 haiwan dari 6 jenis haiwan yang diperkenalkan.
2) Mengetahui
perbezaan bunyi antara jenis haiwan yang ditekankan.
3) Mengenal
ciri-ciri yang ada pada haiwan yang ditekankan.
Masa
|
Isi
kandungan
|
Aktiviti
Guru
|
Aktiviti
Murid
|
Catatan/ABM
|
Set
induksi
(5
minit)
|
·
Pengenalan
·
Bertanya
·
Jenis-jenis haiwan
|
·
Guru menerangkan apa
itu haiwan di darat dan di air secara ringkas. Contoh: haiwan ialah makhluk
yang hidup di darat atau di air.
·
Guru bertanya kepada
murid, apa haiwan yang mereka tahu.
·
Guru memperkenalkan
jenis-jenis haiwan di darat dan di air.
|
·
Murid mendengar.
·
Murid menjawab
pertanyaan guru.
·
Murid memberi tindak
balas yang baik.
|
·
Kad bergambar beserta
suku kata
·
Komputer
·
Papan slide
·
Projector
|
Aktiviti
1
(10
minit)
|
·
Bahasa dan Komunikasi
|
·
Guru memaparkan
gambar haiwan melalui LCD.
·
Guru bertanya kepada
murid yang berkaitan dengan gambar haiwan.
·
Guru meminta murid
menamakan, menyebut ciri-ciri dan bunyi haiwan tersebut.
|
·
Murid melihat gambar
haiwan.
·
Murid menjawab soalan
guru.
·
Murid menamakan,
menyebut ciri-ciri dan bunyi haiwan tersebut.
|
·
Komputer
·
Papan slide
·
Projector
|
Aktiviti
2
(20
minit)
|
· Keativiti
· Sosial
· Intelek
· Fizikal
|
·
Guru memperkenalkan
satu haiwan darat kepada murid.
Contoh:
ayam.
·
Guru membimbing murid
membaca suku kata
“a-yam”.
·
Guru memberi arahan
kepada murid untuk membuat sambungan titik-titik pada gambar ayam dan
mewarnakannya.
·
Guru membimbing murid
menyanyikan lagu “Bunyi Binatang”.
|
·
Murid memberi tindak
balas yang baik.
·
Murid mengikut caru
guru menyebut huruf dan suku kata.
·
Murid membuat
sambungan titik-titik pada gambar ayam dan
mewarnakannya.
·
Murid mengikut guru
menyanyi.
|
·
Audio
·
Kad bergambar beserta
suku kata
·
Komputer
·
Pensil
·
Pensil Warna
·
Projector
|
Penutup
(5
minit)
|
· Bertanya
|
·
Guru bertanya kepada
murid, apa yang mereka telah pelajari.
·
Guru meminta murid
menyebut nama dan ciri-ciri haiwan yang telah pelajari.
|
·
Murid menjawab soalan
guru.
·
Murid menyebut nama
dan ciri-ciri haiwan yang telah dipelajari.
|
·
Kad bergambar dan
suku kata
|
3.1 Bahan
Bantu Mengajar(BBM)
Berikut
adalah gambar bahan bantu mengajar seperti :-
1) Gambar
lukisan untuk diwarna.
2) Kad
gambar haiwan beserta suku kata.
3) Komputer
Bahan
bantu mengajar yang lain seperti :-
a) Papan
Slide
b) Pensil
c) Pensil
warna
d) Projector/LCD
e) Slide
bertajuk “Kenali Haiwan”
f) Audio
lagu “Bunyi Haiwan”
4.0
Rumusan
Kesimpulannya,
teknologi maklumat dan komunikasi amat penting dalam kehidupan seharian.
Penggunaan teknologi maklumat dan kamunikasi juga diguna pakai oleh kanak-kanak.
Hal ini kerana teknologi mempunyai banyak kebaikan yang boleh diperolehi oleh
kanak-kanak apabila mereka mengunakannya.
Selain itu, teknologi maklumat dan komunikasi juga
dapat membantu membentuk kanak-kanak menjadi lebih kreatif dan inovatif malah
dapat memberi banyak pengetahuan tentang pembelajaran yang lebih berkesan
kepada kanak-kanak. Oleh itu, jelaslah bahawa penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi mempunyai banyak kelebihan yang boleh diperolehi oleh golongan
individu yang mengunakan aplikasi tersebut.
Akhir sekali, ibu bapa juga haruslah sentiasa
memberi galakan kepada anak-anak untuk mengikuti perkembangan terkini dalam
teknologi maklumat dan komunikasi. Guru juga haruslah mempunyai kemahiran untuk
menggunakan komputer kerana ia sangat penting dalam mengendalikan pengajaran
dan pembelajaran yang menarik.